Enter your keyword

Friday 30 December 2011

Sheik Hj Mat Shafie Losong Now On Facebook!

By On December 30, 2011


Assalamualaikum w.b.t to all,

Firstly we would like to thank everyone that has added 'Sheikh Hj Mat Shafie Losong' on Facebook. Surprisingly, we had received so many friend requests on Facebook over the years and we hope you all would support the profile even more. 
If you haven't, here's the link: https://www.facebook.com/syeikhhjmat.shafie?fref=ts
Thank you again for all of your support. Keep on supporting!

If we have time we will update this blog more often.
Wassalam.




Saturday 27 August 2011

Selamat Hari Raya

By On August 27, 2011

Assalamualaikum. 
Happy Eid Mubark to everyone. May you all have a very happy and blessed Eid. Enjoy these amazing days and remember those who need our help - Admin
Sejak Idul Fitri resmi jadi hari raya nasional umat Islam, tepatnya pada tahun II H. kita disunahkan untuk merayakannya sebagai ungkapan syukur atas kemenangan jihad akbar melawan nafsu duniawi selama Ramadhan. Tapi Islam tak menghendaki perayaan simbolik, bermewah-mewah. Apalagi sambil memaksakan diri. Islam menganjurkan perayaan ini dengan kontemplasi dan tafakur tentang perbuatan kita selama ini.

Syeikh Abdul Qadir al-Jailany dalam al-Gunyah-nya berpendapat, merayakan Idul Fitri tidak harus dengan baju baru, tapi jadikanlah Idul fitri ajang tasyakur, refleksi diri untuk kembali mendekatkan diri pada Alah Swt. Momen mengasah kepekaan sosial kita. Ada pemandangan paradoks, betapa disaat kita berbahagia ini, saudara-saudara kita di tempat-tempat lain masih banyak menangis menahan lapar. Bersyukurlah kita! 

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal 1428 H. 
Mohon maaf lahir dan bathin.

Tuesday 23 August 2011

Al-Fatihah

By On August 23, 2011

Assalamu'alaikum 

1. Dukacita dimaklumkan isteri kepada Hj Wan Mohd (Merbok) telah pulang ke rahmatullah pada hari Rabu, Jun 29, 2011.

Alfatihah..

* Hj Wan ialah cucu kepada Hj Mohd Shafie Losong


2. Dukacita dimaklumkan Hajjah Su Jarah (Losong Haji Mat Shafie) telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, September 24, 2010.
 Alfatihah..

* Hajjah Su Jarah ialah cucu kepada Hj Mohd Shafie Losong

Monday 22 August 2011

Jejak Warisan

By On August 22, 2011

Assalamualaikum dan Ahlan Wa Sahlan

Di minta jasabaik semua ahli keluarga Al Marhum As Syeikh Hj Mat Shafie Losong dapat kiranya follow and join blog ini sebagai members dalam usaha untuk mengeratkan tali silaturrahim dan menjejaki kembali semua waris Al Marhum di serata Nusantara.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi. Allah menjawab: Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu? Ia berkata: Tentu saja. Allah berfirman: Itulah milikmu. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: (Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Alquran ataukah hati mereka terkunci)


Bagaimana Memperkukuh Silaturahim

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: 
“Seorang lelaki desa bertemu dengannya di salah satu jalan di kota MaKkah. Lalu Abdullah memberi salam kepadanya dan menaikkannya ke atas himar yang ditunggangnya, dan diberinya serban yang sedang dipakainya di kepala.” Kata Ibnu Dinar, “Maka kami berkata kepada Abdullah bin Umar, semoga Allah Ta’ala membalasi kebaikan Anda. Sesungguhnya orang desa itu lebih suka yang sederhana.” Jawab Abdullah. “Bapa orang ini adalah sahabat baik Umar bin Khathab. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya kebajikan yang utama ialah apabila seorang anak melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya.”

Berapa ramai di antara kita yang mengambil berat dalam memperkukuhkan silaturahim yang terbina? Sebahagian di antara kita pula membina silaturahim memadai dengan hanya kunjung mengunjung ketika majlis-majlis tertentu sahaja atau ketika rumah-rumah terbuka sahaja. Tetapi anda sebenarnya boleh melakukan lebih dari itu dan bukan hanya terhad untuk waktu-waktu tertentu sahaja untuk mengeratkan hubungan yang telah terjalin.



1. Berjabat tangan bila bertemu

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya apabila bertemu dengan saudara-saudaranya atau dengan sahabat-sahabat agar cepat-cepat untuk berjabat tangan. Sentuhan melalui berjabat tangan ini akan melahirkan kemesraan dan ukhuwah yang erat. Kaedah berjabat tangan yang dilakukan Rasulullah berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

“Rasulullah apabila ada seseorang menghadap kepada beliau maka kalian berjabat tangan, dan baginda tidak mencabut tangan beliau dari tangannya sehingga orang itu mencabut dan baginda tidak memalingkan muka baginda dari mukanya sehingga orang itu memalingkan, dan baginda tidak nampak mendepankan kedua kaki baginda di hadapan orang yang sama-sama duduk dengan baginda”. [HR Tirmizi]

2. Memberi senyuman ketika bertemu

Berjabat tangan tanpa senyuman menggambarkan bahawa anda tidak mencinta saudara anda. Bahkan anda mungkin terpaksa berjabat tangan dengan saudara anda kerana tidak dapat mengelakkan diri dari terserempak dengannya. Maka seeloknya senyumlah sebagai iringan bahawa anda benar-benar bahagia bertemu dengan saudara anda.

3. Berdoa untuk saudara @ sahabat

Jangan hanya mengingati saudara @ sahabat kita hanya kita waktu-waktu tertentu sahaja. Berdoalah untuk mereka. Pohonlah kebaikan, kesejahteraan, perlindungan sebagaimana anda berdoa untuk diri anda. Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidak bagi seorang hamba mukmin yang berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu seperti itu juga.”

4. Memberitahu kepada saudara yang dicintainya

Sangat sedikit di antara kita yang memberitahu kepada sahabat atau saudara kita bahawa kita menyayangi mereka. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya.” [HR Abu Daud & Tirmizi]

Popular

Categories